KOTA BHARU: Tiada cubaan untuk menggoyahkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dicetuskan pembangkang termasuk dari Perikatan Nasional (PN).
Sebaliknya, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berpandangan mungkin ada timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan Ahli Parlimen dalam gabungan itu sendiri terhadap beberapa isu setelah melihat hala tuju yang dibawa Anwar selepas dua bulan mentadbir kerajaan.
Keadaan ini katanya mendorong suasana tidak kondusif dalam Kerajaan Perpaduan itu sendiri.
“Kita dengarnya ada rasa tidak aman dan ada tidak puas hati dalam kalangan ahli dia (Kerajaan Perpaduan) sendiri dan paling ketara ada kenyataan DAP, dari wakil rakyat GPS (Gabungan Parti Sabah) dalam Parlimen, antara tanda-tanda ketidakpuasan. DAP kita kenal, kita pernah berkawan dulu, dia tak pandai nak hormat orang lain.
“Kita tengok parti-parti yang ada nak bawa kepala (pandangan) dia, teruatama DAP. Semua jadi masalah dan ada pandangan kata kerajaan tak lama kerana masalah dalaman itu sendiri, bukan ada orang nak khianat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Sebelum ni, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan mengakui PN sedang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
Bagaimanapun, Mohd Amar berkata, kenyataan yang disampaikan oleh Abdul Hadi itu mungkin disalah anggap dan di luar konteks terjemahan.
Muhafandi Muhamad
Wed Mar 08 2023
Mohd Amar berpandangan mungkin ada timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan Ahli Parlimen dalam gabungan itu sendiri terhadap beberapa isu.- Fail/Astro AWANI
Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan dibuat oleh ibu kepada salah seorang pelajar terbabit.
14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta
Tiga daripada serbuan itu dijalankan serentak pada Isnin lepas (20 Mei) manakala satu lagi serbuan pada Khamis (23 Mei).
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Ahli politik perlu beri perhatian terhadap titah Sultan Johor - Penganalisis
Ahli-ahli politik harus sedar bahawa apa yang dititahkan oleh Sultan Ibrahim merupakan kegusaran baginda terhadap masa depan negara.
Ahli Parlimen BN tak terlibat usaha jatuhkan kerajaan - Mohamad
Barisan Nasional (BN) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa terdapat Ahli Parlimen dalam kalangan parti komponennya yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan.
Dakwaan jatuhkan kerajaan, USJT Bukit Aman akan siasat Abdul Hadi - Polis
Kes berkenaan akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
Tiada cubaan goyahkan Kerajaan Perpaduan, ia memang tidak stabil - Mohd Amar
Tiada cubaan untuk mengoyahkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dicetuskan pembangkang termasuk dari Perikatan Nasional, PN.
Ahmad Faizal tak percaya UMNO Perak berkomplot dengan pembangkang
Pengerusi Bersatu Perak itu turut menzahirkan kepercayaan penuh beliau kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad, yang dianggap sebagai guru dalam bidang politik.
Polis buka kertas siasatan terhadap cubaan jatuhkan kerajaan
Polis akan memanggil semula Tony Pua untuk merakam percakapan berikutan pengakuan terbarunya seperti yang dilaporkan akhbar NST.